4 jenis penipuan yang sering dilakukan oleh lelaki

Artikel ini hanyalah untuk bahan bacaan semata-mata. Apa yang di sampaikan bukanlah seratus peratus tepat dan ini merupakan gambaran secara kasar sahaja. Setiap lelaki membawa perwatakan yang tersendiri dan bukannya kesemua lelaki adalah sama. Ianya terpulang kepada anda untuk membuat pertimbangan yang waras mengenai apa yang ingin disampaikan.

1) Saya masih single/belum berkahwin - Ini merupakan penipuan yang paling sering dilakukan oleh lelaki. Boleh dikatakan sebahagian besar daripada lelaki berasa takut untuk memberitahu status mereka. Mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri mengapa mereka melakukan penipuan ini. Pasti lelaki yang pernah melakukan penipuan ini ada jawapannya.


2) Saya seorang usahawan berjaya - Untuk permulaan perkenalan, kebanyakan lelaki lebih gemar untuk merahsiakan status pekerjaan mereka. Ini mungkin kerana mereka takut peratus untuk memikat seseorang wanita itu akan turun sekiranya memberitahu pekerjaan yang sebenar. Mereka lebih selesa untuk bersifat lebih terbuka apabila perhubungan yang mereka harapkan semakin kukuh. Berkemungkinan juga ada lelaki yang tidak suka wanita terpikat kepada mereka atas faktor kewangan, tetapi jumlah lelaki seperti ini hanyalah terlalu sedikit.

3) Saya tidah pernah menonton video xxx - Memang agak sukar untuk seorang lelaki mengakui bahawa mereka tidak pernah menonton video yang seperti itu. Tetapi ianya tidak mustahil, mungkin ada lelaki yang tidak pernah menonton video xxx tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Sebahagian lelaki menyetujui mereka pernah menonton video tersebut walaupun sekali.


4) Saya sibuk bekerja - Ini juga merupakan penipuan yang sering dilakukan oleh lelaki untuk memberi ruang untuk diri mereka sendiri. Ia adalah cara mudah untuk mereka menghabiskan masa bersama rakan-rakan atau melakukan aktiviti lain tanpa perlu mendengar leteran daripada pasangan. Sebahagian lelaki bersetuju bahawa mereka menipu adalah untuk mengelakkan leteran dan bukannya berbentuk untuk melakukan kecurangan.

yang pling last alasan kerap ku dgr.. huhu u need space ok dear.. im here waiting for u.. :( dush100x